Saturday, April 20, 2013

Eh, siapa kata kita tak boleh bercinta?

Cinta. Dikaitkan dengan lumrah manusia yang datang dari dalam jiwa. Itu fitrah, fitrah untuk mencintai, dicintai oleh orang lain tapi fitrah itu seeloknya dijaga agar tak menjadi fitnah. Sering kita dengar bahawa cinta antara lelaki dan perempuan ajnabi (bukan mahram)  itu akan halal selepas selesainya akad nikah. Ramai yang mengakuinya, namun ramai juga yang tidak mengendahkannya.

Baiklah, apa yang dimaksudkan dengan ajnabi? Ajnabi ialah orang asing iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Ikut kefahaman aku orang yang kita tak boleh tunjuk aurat kita dan good news, kita boleh kahwin dengan lelaki/perempuan ajnabi. hehehe.. 

Berputik perasaan cinta? tidak salah kerana ia adalah anugerah Allah. Kita kena peliranya daripada menjadi fitnah duniawi. Tanpa kita sedar kehadirannya akan membawa virus yang agak susah untuk dibasmi kalau tidak berjaga-jaga dari awal.

Aku sering tertanya-tanya, adakah dengan ber'couple' itu lengkaplah kebahagiaan kehidupan? Persoalan ini timbul apabila aku melihat ramai kawan-kawan terdekat ber'couple'. Wujud sebenarnya cinta, dah kalau 24/7 bersms, siang malam on the phone, bertweet, berchatting, ber apa lagi? Berdating. Ke mana halatuju hubungan tu? selain dari membazirkan duit mak bapak, duit loan belajar atau duit gaji? Jadi awak yakin dia tu jodoh awak? Persoalan ! Persoalan ini sering merogol minda aku tanpa ada noktah jawapannya. Astgahfirullahalazim, sebelum lalai baik balik ke pangkal jalan. Hidup aku penuh dengan pemerhatian, aku memerhati gerak geri orang, kalau aku bernasib baik dapat la jugak pengalaman. 

Kadang-kadang terdengar ramai lelaki mengatakan perempuan yang tidak melayan ajakan maksiat mereka itu sombong. Kenapa boleh berkata begitu? Apabila si perempuan tidak membalas teguran dan ajakan untuk 'berkenalan', itu bukannya sombong, tapi itu adalah untuk menjaga diri.

Lelaki lelaki di luar sana, jika awak nak ibu kepada anak-anak awak baik, maka jadikanlah diri awak baik dahulu. Jika awak ingin dihormati, hormatilah pasangan yang bakal awak nikahi terlebih dahulu.

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (Surah an-Nur, ayat 26)

Hati aku lagi hancur pabila terpandang  rakan-rakan yang betudung labuh litup, malah ada juga yang sebilangannya berpudah tapi malangnya mengambil istilah 'couple islamik'.

'couple islamik' itu wujud? Bukankah 'couple' itu haram kerana mereka yang ber'couple' menjalinkan kasih sayang dengan bukan mahramnya tanpa ikatan yang halal? Bukankah mereka lebih berpengetahuan agama dan lebih mengerti akan perkara ini? Perbuatan yang boleh merosakkan nama baik muslimah yang lain; yang benar-benar menutup auratnya untuk menuju redha Ilahi. Bak kata pepatah Melayu, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga." 

Penting sangat ke ber'couple'? Kenapa ia berlaku? Adakah kerana hati kita kosong? Sedar tak pembaca termasuk diri ini, mengapa kadang-kadang hati kita terasa kosong? Bila hati rasa tidak tenang, bermuhasabah, fikir balik adakah kita sudah selesaikan tanggungjawab kepada Tuhan? Bila rasa susah hati, tanya pada diri adakah kita ada berhutang dengan sesiapa di luar sana? Bila hati terasa sedih, fikir balik pengorbanan apa yang kita tidak pernah buat dan apa pengorbanan orang lain terhadap kita.


Cara untuk mendapat ketenangan hati bukannya dengan mengadu kepada 'couple' kita, tapi dengan mengadu kepada Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Berkuasa, kekasih hati yang hakiki.
Kita  berdoa untuk orang lain (bukan hanya berdoa untuk diri sendiri sahaja). Melalui doa, hubungan kita dengan Allah akan menjadi lebih baik. Doa juga menjadi peringatan untuk diri sendiri supaya menjauhi kemungkaran di dunia ini untuk mendapat syurgaNya di sana. Siapa kata kita tak boleh bercinta? Cinta suci yang seharusnya kita garapkan dahulu ialah cinta kepada Allah, Rasulullah dan kedua ibu bapa, gapai cita cita dulu baru kejar cinta. Assalamualaikum. 
* ah aku otak stuck di sini, aku tak mampu nak menaip lagi. Maaf kalau takda isi entry yang ni. *

3 comments:

  1. Bercinta dengan manusia yang bukan mahram itu yang sakit. Tersilap langkah merana hidup.

    ReplyDelete
  2. Ada betulnya. Bahagia sekejap seksa seumur hidup. MasyaAllah. Semoga akak tabah. Walaupun abang saya buat macam tu, semoga akak redha. Abang saya bukan jodoh akak. Sabar

    ReplyDelete
  3. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete