Friday, March 22, 2013

Ya Allah, mana satu yang terbaik untuk aku?



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum 


Alhamdulillah ke hadrat ilahi, I passed with flying colours for my Sijil Pelajaran Malaysia.  ( gambar tu hiasan je. hihihi ) Alhamdulillah sekali lagi, aku boleh menyambung pelajaran dengan bidang yang aku sendiri tak pasti betul ke tidak itu yang aku pilih. Aku sendiri keliru nak pilih mana.

Bersepah IPTS offer, terbaru unit pengambilan pelajar kerjasama IPTA datang hantar surat untuk interview. Makin pening aku dibuatnya. Dilema sungguh. Sama ada nak teruskan dengan account ataupun ambik course lain.

Ya Allah, mana satu yang terbaik untuk aku? Dengan result aku, aku layak mohon UIA sains kemanusian, Uitm dip perakaunan, UTM dip sains komputer, Kptm tesl. Arghhhh. Dilemanya nak pilih course.

Nak kena fikir banyak kali jugak. Solat istikharah tak buat lagi. Lagi pun IPTA belum pun bukak sesi pengambilan pelajar. Taknak terlalu berharap, takut tak dapat tabahkan hati bila universiti yang diharapkan tak layak masuk. Arghh sudah. Boleh menangis tak berlagu nanti. 

Soalan : Ada sesiapa boleh bantu saya macam nak tahu minat kita ke arah mana? Plsssss



Menara gading !!!!!! Tunggu aku. InsyaAllah bukan setakat mahasiswa tapi mahasiswa mukmin yang pernah aku janjikan dulu. 

Tuesday, March 19, 2013

Pepias ubah saya



 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, Ya Allah, i thank you for everything. Allah knows best while we know not. 
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
( Kalau nak lebih feel, boleh lah pasang lagu Alhamdulillah by Maher zain )

Allah bukak mata aku untuk aku lebih kuat berusaha untuk kenal agama aku sendiri. Alhamdulillah, aku yang dulu begitu, kini begini, berkat doa ibu bapaku, berkat doa keluargaku, berkat doa sahabatku, berkat doa keluarga baruku, Pepias. 

Subhanallah, aku sendiri suka dengan perubahan aku, cara aku. Walaupun aku masih belum sempurna daripada pelbagai segi, tapi aku bersyukur masih ada insan yang sentiasa ada disisi untuk mengingatkan aku. Cara aku bercakap, cara aku berpakaian, cara aku di laman sesawang. Alhamdulillah aku terpilih. Terpilih untuk pergi ke program Pepias. Terpilih untuk menerima hidayah Allah yang sekian lama aku cari. 

Kalau dulu, asal pakai, terus keluar. Sekarang, 5 6 7 8 kali check depan cermin, apa yang tak kena cara aku berpakaian. Kalau dulu pergaulan lelaki dan wanita terlalu ketara, kini terkawal. Kalau dulu, belum tentu cukup solat 5 waktunya, kini Alhamdulillah. Kalau dulu, bercakap lepas atau pun menipu itu perkara biasa, kini serba tak kena hati ni terasa. 

Dan alhamdulillah, kawan kawan aku mula perasan akan perubahan aku dan aku lihat kebanyakkan mereka senang dengan perubahan aku dan masing masing ambil tempat untuk support aku, dan seperti biasa ada yang tidak suka dengan perubahan aku. Biasalah tu, bukan semua orang akan suka dengan setiap gerak geri kita mahupun perbuatan kita. Dugaan sentiasa akan datang untuk menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi hari hari mendatang. ( nampak tak ayat dia macam banyak kata tambahan meng di situ, penulis tengah memerah otak sebenarnya fikir ayat bahasa melayu yang sesuai heee )



Hari ni 20/3. Maka esok result SPM keluar. Cepatnya masa berlalu. InsyaAllah, jika aku gagal kali ini, bukan pengakhiran jalan cerita hidup aku. Semoga aku masih diberi kesempatan untuk menyambungkan pelajaran. InsyaAllah. Doakan yang terbaik buat aku, dan para sahabat. Kejayaan milik kami. InsyaAllah.

Assalamualaikum. 









Monday, March 18, 2013

Malas

 بسم الله الرحمن الرحيم

Definisi malas : 1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin: aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2. tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya; bermalas-malas duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~; memalaskan menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya; kemalasan perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya; pemalasorang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi penjudi.

okay piqa tahu mesti ramai yang skip baca sebab memang orang melayu, wahh term memang orang melayu tu macam melampau je. bila bab ilmu semua malas nak baca. syaitan dok bergayut dekat mata tapi kalau bab bab yang tak senonoh terbeliak je biji mata tu, sampai nak terkeluor anak mata.

Sebenarnya piqa tengah kena penyakit malas ni, nampak tak permainan dia? kemain cari definisi malas sebab nak tarbiyah diri sendiri. Malas nak makan, malas nak mandi, malas nak baca buku, malas nak masak, malas itu malas ini.

Syaitan dah menguasai badan dah ni,  Astaghfirullah.. Jadi hari ni piqa nak share kan doa untuk menghilangkan sifat malas. Jadi boleh jugak amalkan untuk diri sendiri lepas ni kalau dah  malas kuasa dua



3de362b.jpg


Allahuma innii a’uudzu bika minalhammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasali, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatiddaini wa qohrirrijaal.
“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”
Okay Assalamualaikum