Thursday, February 14, 2013

Perkampungan Menara Gading 13

Assalamualaikum, amboi lamanya tak menaip blog, apa ayat seterusnya? em em bismillahirahmanirahim. 

MEMPERSEMBAHKAN

* go go go * sound effect kekonon abang olan ada kat depan masa tgh menaip ni



Mari kita kupas pasal banner atas ni. Pada 3 Feb, ayah saya diperkenalkan program ni oleh sahabat beliau yang juga ayah kepada bff saya, anis safirah. Lupa pulak dia team apa. Maka saya telah diPAKSA oleh ayah, amboi propanya, disuruh oleh ayah untuk join PMG 13 ni disebabkan '' duduk rumah pun bukan buat apa, besarkan badan je, pergi jelah dapat jugak ilmu '' kekonon masa tu kecik hati, merajuk almaklumlah anak sorang ni naluri dia kemain mengada ngada, rasa nak cubit cubit.

Maka saya pun taiplah nama, alamat, no phone, email ke kak Huda. Dan feedback positive diterima, maka saya pun semangat la, hari rabu dah packing barang. Ni acah acah akademi fantasia ni, bawak beg roda, isi dalam jangan cerita, macam nak pindah rumah pun ada. Hari silih berganti, amboi ayat, ini semua poyo. Tiba lah hari jumaat, Hulu Langat ke Serdang bukannya jauh, lalu je highway kajang ke simpang balak tu. 

Sampai je dekat kolej 17, amboi sebenarnya saya mencari khemah, tapi takada khemah. Kita yo yo o ingat tidur dalam khemah. Daftar, em em apasal nama saya ada dua? Ni nak kena bayar RM 100 ke apa ni. Ekekekeke. Okay check in bilik. Hari pertama je, dari petang sampai ke pukul 12.30 tak mandi dan hari pertama tu jugak la allergic eden datang menyerang. Ni cuba tanya akak2 medic ( panggilan utk akak2 yg pgg kotak first aid tu ) Dari hari pertama sampai hari terakhir muka ni la dok mengadu '' akak, tangan gatal '' hihihihi * k gelak sambil minum natura, abaikan expired date. *

Hari pertama masuk DKU, masuk masuk je abang Umar dengan abang Hani. amboi kemain abang hani, maksud saya abang paan dah membebel bebel dekat depan. Sikit sikit tutup mata, sikit sikit tutup mata. Tak percaya? Jom tengok bukti. Saya ada alibi. Ekekeke




Errrr yang ni tak pasti la tutup mata ke ambik kesempatan tidur ni. 
Tutup mata sebab akak akak dan abang abang nak tampal nama group dekat belakang. Itu le sebab utama tutup mata. Semua sekali ada 14 kumpulan dengan nama U masing masing. Dan saya dari kumpulan

amboi poyonya letak gambo sendiri
AL - AZHAR



Mari saya perkenalkan ahli ahli Al - Azhar. Kak Fasi kami yang tercinta, kak Khaulah, sahabat tersayang Ana, Sabrina, Ayuni, Nadiah, Nana, Shida, Fazz, Inspector Hakim, Ustaz Luqman dan Ir Azmy. 

Dah dengar kita orang punya tagline kan? Em em semangat tak semangat ? Amboi ni nak cerita masa le tour campus dalam erti kata lain explorace la. Mula mula jangan cerita kelam kabut sangat. Satu ruyung pun tak pergi lagi sbb semua group dah pergi dulu. Lepas tu kita orang dah semangat balik. Semua check point kita orang pergi sebelum pukul 6. Gempak tak? Gempak kan. Kak Khaulah yang demam pun terus sihat lepas join lari lari. Okay malas nak menaip dah. Mari tengok gambar.

Akak akak abang abang Fasi seramai 20 orang

menjaga adik adik seramai. Tengok gambar, agak agak berapa orang. Ramaikan.

Akhir kata, terima kasih buat tenaga kerja, akak akak abang abang, err thanks abang umar sebab bagi natura yg em em. Taknak cakap, faham faham sendiri. Buat sahabat, terima kasih sebab bawak saya masuk PMG 13. Kalau tak saya sendiri pun masih hanyut. Buat sahabat PMG, ini bukan berakhirnya sesuatu ukhuwah ini baru permulaan. Jumpa anda di masa akan datang. Mana tau tahun depan punya PMG muka kita yang ada dekat sana. Amin. * nyanyi lagu PMG * 

p/s : nak masukkan video tapi nak kena convert, malas le pulak. Sikap malas ni kena buang ni. Nak masukkan gambar pulak, yang baca entry ni pun warga PMG13 boleh tgk sendiri dekat fb kan. hiks. Assalamualaikum.

2 comments:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete