Friday, February 15, 2013

Hall of fame


Assalamualaikum, aku mula menaip, aku mula membelakangi pandangan orang tentang aku. Sahabat pernah berkata '' Abaikan pandangan manusia,utamakan pandangan Allah s.w.t. '' Tentang buruknya bahasa aku menulis, mahupun menaip. Tentang tak logik setiap ayat ayat aku. Aku minat sastera, aku ada bakat atau takada bakat itu belakang kira. 


Ketika aku menaip, kau sedang bermain bola, kau sedang ketawa, kau sedang makan. Iya, setiap manusia ada waktu lapangnya sendiri. Jika sama maka hambar terasa. Bosan menemani. Maha pemurah lagi maha penyayang, Maha suci Allah menciptakan manusia pelbagai variasi. Berbeza beza bentuk, paras rupa, saling melengkapi, cukup mencukupi antara satu sama lain. 

Ada yang hebat menyanyi, ada yang pandai berkarya, ada yang power berkata kata, pung pang pung pang dia je yang betul pun ada juga. Ada yang terror merawat. Ada yang bijak bestari.

tapi

Kalau semua menjadi penyanyi yang hebat, siapa yang nak jadi peminat? kalau semua pandai berkarya siapa yang nak membaca karya? kalau semua power berkata kata, dimana saja boleh jadi dewan parlimen, kalau semua jadi doktor, siapa yang menjadi pesakit? Kalau semua manusia bijak bestari, semua kerja bagus, siapa yang mahu menjadi kuli? 

Kita diciptakan oleh Allah SWT. Setiap apa yang ada di bumi ini adalah di bawah pentadbiran Allah SWT hatta kita juga adalah sebahagian ciptaan-Nya yang melengkapi alam ini malah kita ni adalah sebaik baik kejadian. Dimana kita mempunyai akal dan hati. Iya saya tahu haiwan pun ada akal ada hati tapi yang membezakan kita dengan haiwan ialah ilmu dan itu juga sebab mengapa kita sebaik baik kejadian. 

Tak salah merasa syukur dengan kelebihan yang Allah kurniakan. Yang salahnya merasa kehebatan diri melebihi rasa hebatnya pada Allah SWT sedangkan kelebihan itu DIA yang berikan. Jangan pernah ada sikap bongkak dan sombong dalam diri ! Jangan.  


Kau rasa diri lemah tak berguna? Kalau tiada bakat menyanyi mungkin kau hebat memasak. Kau tidak pandai berkarya mungkin kau hebat mengira. Allah itu Maha Adil. Hargai diri sendiri. Bersyukur apa yang ada. Always be a first rate version of yourself and not a second rate version of someone else. Ucapkan Syukur, alhamdulillah. Jangan tertipu dengan mainan sandiwara dunia, popular, kaya hanya di dunia sementara. Carilah yang amalan untuk dunia yang kekal. 

Sekian sahaja dulu, mata sudah berpinar. Boleh dibilang berapa bintang kelihatan. Jaga diri. Salam sayang, syafiqah. 




Thursday, February 14, 2013

Perkampungan Menara Gading 13

Assalamualaikum, amboi lamanya tak menaip blog, apa ayat seterusnya? em em bismillahirahmanirahim. 

MEMPERSEMBAHKAN

* go go go * sound effect kekonon abang olan ada kat depan masa tgh menaip ni



Mari kita kupas pasal banner atas ni. Pada 3 Feb, ayah saya diperkenalkan program ni oleh sahabat beliau yang juga ayah kepada bff saya, anis safirah. Lupa pulak dia team apa. Maka saya telah diPAKSA oleh ayah, amboi propanya, disuruh oleh ayah untuk join PMG 13 ni disebabkan '' duduk rumah pun bukan buat apa, besarkan badan je, pergi jelah dapat jugak ilmu '' kekonon masa tu kecik hati, merajuk almaklumlah anak sorang ni naluri dia kemain mengada ngada, rasa nak cubit cubit.

Maka saya pun taiplah nama, alamat, no phone, email ke kak Huda. Dan feedback positive diterima, maka saya pun semangat la, hari rabu dah packing barang. Ni acah acah akademi fantasia ni, bawak beg roda, isi dalam jangan cerita, macam nak pindah rumah pun ada. Hari silih berganti, amboi ayat, ini semua poyo. Tiba lah hari jumaat, Hulu Langat ke Serdang bukannya jauh, lalu je highway kajang ke simpang balak tu. 

Sampai je dekat kolej 17, amboi sebenarnya saya mencari khemah, tapi takada khemah. Kita yo yo o ingat tidur dalam khemah. Daftar, em em apasal nama saya ada dua? Ni nak kena bayar RM 100 ke apa ni. Ekekekeke. Okay check in bilik. Hari pertama je, dari petang sampai ke pukul 12.30 tak mandi dan hari pertama tu jugak la allergic eden datang menyerang. Ni cuba tanya akak2 medic ( panggilan utk akak2 yg pgg kotak first aid tu ) Dari hari pertama sampai hari terakhir muka ni la dok mengadu '' akak, tangan gatal '' hihihihi * k gelak sambil minum natura, abaikan expired date. *

Hari pertama masuk DKU, masuk masuk je abang Umar dengan abang Hani. amboi kemain abang hani, maksud saya abang paan dah membebel bebel dekat depan. Sikit sikit tutup mata, sikit sikit tutup mata. Tak percaya? Jom tengok bukti. Saya ada alibi. Ekekeke




Errrr yang ni tak pasti la tutup mata ke ambik kesempatan tidur ni. 
Tutup mata sebab akak akak dan abang abang nak tampal nama group dekat belakang. Itu le sebab utama tutup mata. Semua sekali ada 14 kumpulan dengan nama U masing masing. Dan saya dari kumpulan

amboi poyonya letak gambo sendiri
AL - AZHAR



Mari saya perkenalkan ahli ahli Al - Azhar. Kak Fasi kami yang tercinta, kak Khaulah, sahabat tersayang Ana, Sabrina, Ayuni, Nadiah, Nana, Shida, Fazz, Inspector Hakim, Ustaz Luqman dan Ir Azmy. 

Dah dengar kita orang punya tagline kan? Em em semangat tak semangat ? Amboi ni nak cerita masa le tour campus dalam erti kata lain explorace la. Mula mula jangan cerita kelam kabut sangat. Satu ruyung pun tak pergi lagi sbb semua group dah pergi dulu. Lepas tu kita orang dah semangat balik. Semua check point kita orang pergi sebelum pukul 6. Gempak tak? Gempak kan. Kak Khaulah yang demam pun terus sihat lepas join lari lari. Okay malas nak menaip dah. Mari tengok gambar.

Akak akak abang abang Fasi seramai 20 orang

menjaga adik adik seramai. Tengok gambar, agak agak berapa orang. Ramaikan.

Akhir kata, terima kasih buat tenaga kerja, akak akak abang abang, err thanks abang umar sebab bagi natura yg em em. Taknak cakap, faham faham sendiri. Buat sahabat, terima kasih sebab bawak saya masuk PMG 13. Kalau tak saya sendiri pun masih hanyut. Buat sahabat PMG, ini bukan berakhirnya sesuatu ukhuwah ini baru permulaan. Jumpa anda di masa akan datang. Mana tau tahun depan punya PMG muka kita yang ada dekat sana. Amin. * nyanyi lagu PMG * 

p/s : nak masukkan video tapi nak kena convert, malas le pulak. Sikap malas ni kena buang ni. Nak masukkan gambar pulak, yang baca entry ni pun warga PMG13 boleh tgk sendiri dekat fb kan. hiks. Assalamualaikum.